Istiadat Menyalang Buapak Suku Biduanda

Penyandang pusaka adat diingat jalankan tugas dengan tanggungjawab

 

REMBAU – Penyandang pusaka adat diingatkan supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, terutama sekali bagi menyelesaikan masalah ‘anak-anak buah’ mereka.

Lembaga Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Datuk Perba Yahaya Abdul Ghani berkata setiap penyelesaian hendaklah dibuat secara adil dan disegerakan.

“Walau bagaimana sukar sekali pun masalah itu, carilah jalan untuk menyelesaikannya,” katanya pada majlis menyalang enam orang penyandang pusaka Buapak dan enam orang penyandang pusaka Besar Waris atau Besar Belinkongan Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Luak Rembau di kediamannya di Kampung Pulau Mampat di sini, hari ini.

Selain dapat menempatkan diri dalam majlis-majlis adat, beliau juga mengingatkan semua penyandang pusaka adat dan isteri agar dapat menjalin hubungan yang baik dan mesra dengan masyarakat sekeliling serta dengan ‘anak-anak buah’.

“Sama-samalah kita menjaga institusi adat ini dengan baik dan berusaha bagi meningkatkan martabat adat ini,” katanya.

Istiadat menyalang ini adalah istiadat merafak sembah sebagai tanda menjunjung kasih penyandang pusaka baru kepada Datuk Lembaga (Datuk Perba).

Istiadat ini dijalankan setelah Buapak dan Besar Waris berkenaan dilantik dan dipersetujui oleh ‘anak-anak buah’ suku tersebut.

Pada istiadat itu Yahaya turut menyampaikan watikah pelantikan dan penyandang pusaka kemudian melafazkan ikrar taat setia mereka.

Pada majlis itu, rombongan penyandang pusaka bersama ‘anak buah’ mengadap dengan beradat dan mempersembahkan ‘pancho’ dan ‘semerit’ (buah tangan) kepada Datuk Perba.

Mengikut adat, kehadiran mereka dengan rombongan ini menunjukkan ikatan kukuh dan kesepaduan dalam memperakukan penyandang pusaka adat tersebut.

Pelantikan penyandang pusaka adat di Luak Rembau merupakan amalan demokrasi yang diamalkan oleh pengamal adat sejak dahulu lagi.

Ia merupakan tanggungjawab setiap ahli dalam suku tersebut sebagai hak dan kebebasan untuk memilih dan dipilih. Kekosongan sesuatu pusaka adat selalunya disebabkan oleh kematian dan ‘memuntahkan’ pusaka dan sebagainya. – Bernama

Sinar Harian

23/12/2013

—————————————–

Tahniah kepada semua penyandang pusaka Waris Nan Dua Carak (Biduanda Jakun dan Biduanda Jawa) yang baru dilantik.

Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi demi kepentingan anak buah tanpa mengira fahaman politik. Jangan dicampur aduk politik di dalam pengurusan anak buah. Jangan dibiarkan jawatan di dalam politik dan JKKK merosakkan nama baik institusi adat. Urusan adat tidak boleh dipolitikkan. Masalah politik diboleh di bawa ke gelanggang adat. Politik boleh digunakan untuk menyelesaikan beberapa perkara di dalam urusan adat. Harus berhati-hati. Ia seumpama kulit bawang.

Akhir sekali, saya berharap institusi adat tidak guna atau dijadikan batu loncatan untuk tujuan politik mana-mana pihak. Marilah kita bersama-sama menjaga maruah dan martabat institusi adat.

——————————————-

 

Dato' Perba Yahya Ghani

Dato’ Perba Yahya Ghani

Rombongan Penyandang Pusaka

Rombongan Penyandang Pusaka

Dato' Perba bersama isteri

Dato’ Perba bersama isteri

gambar 4

 

gambar 5

gambar 6

Panco dan Boko

gambar 7

gambar 8

gambar 9

gambar 12

gambar 1

gambar 2

Be Sociable, Share!

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *