Seminar Antarabangsa Diaspora Minang 2014

Rabu (18hb Dis 2013) yang lalu, saya menerima surat jemputan untuk menyertai Seminar Antarabangsa Diaspora Minang 2014: Sejarah, Budaya Dan Teknologi Serta Senibina anjuran KALAM, Universiti Teknologi Malaysia. Seminar ini akan diadakan pada 26hb dan 27hb April 2014 di Politeknik Port Dickson. Ia terbuka kepada semua individu yang berminat untuk menyertai sama ada sebagai pembentang  ataupun peserta. Insya Allah, saya bercadang untuk menyertai seminar ini sebagai pembentang . Saya telah memikirkan beberapa topik yang boleh dibentang seperti hubungan Linggi, Pagaruyung dan Langkat atau putera-putera raja di Negeri Sembilan. Saya merasakan tajuk-tajuk ini sesuai kerana ia merupakan lanjutan kertas kerja saya yang pernah dibentang pada 2011 sempena Simposium Antarabangsa Diaspora Bugis di UTM. Ada lagi tajuk-tajuk yang menarik. Namun, ia harus diperhalusi terlebih dahulu.

P1020362

————————-

Saya sempat berbual dan berbincang dengan beberapa orang rakan. Ada dua isu yang ingin saya coretkan di sini.

Senario Pertama :

Saya dimaklumkan bahawa ada pihak di kalangan pegawai kanan kerajaan negeri tidak bersetuju penganjuran seminar ini. Saya kurang jelas dengan alasan penolakan. Saya difahamkan mereka tidak bersetuju seolah-olah cubaan ingin menonjolkan Minang. Negeri Sembilan harus mempunyai identiti tersendiri dan tidak bergantung terus dengan Minang. Saya terkesima dengan alasan yang diberikan. Mungkin mereka kurang jelas dengan maksud dan tujuan seminar ini dianjurkan.

Diaspora bermaksud penyebaran ke merata-rata tempat atau kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama yang telah tersebar merata-rata tempat lain (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saya bersetuju dengan kenyataan Negeri Sembilan harus mempunyai identiti yang tersendiri. Pembentukan budaya sendiri ini berlaku setelah lebih 600 tahun kedatangan orang-orang Minang ke Negeri Sembilan. Namun, satu perkara yang tidak boleh dinafikan bahawa orang Minang datang dan pernah datang ke Negeri Sembilan. Menetap di Negeri Sembilan sehingga membentuk satu kelompok masyarakat yang baru. Seminar ini membincangkan mengenai penyebaran orang Minang yang membawa sejarah, budaya, teknologi dan senibina bersama-sama. Ia bukan cubaan untuk meminangkan Negeri Sembilan. Semua pihak termasuk agensi kerajaan negeri harus mengambil peluang dan ruang untuk membentangkan kertas kerja. Bentangkan apakah persamaan dan perbezaan Negeri Sembilan dan Minang. Tunjukkan identiti Negeri Sembilan yang sebenarnya agar orang ramai boleh mengetahui. Bukan menolak. Seharusnya kita menyokong penganjuran seminar seperti ini.

Bagaimana dengan seminar Polinesia. Saya rasa pelik apabila pihak yang berkenaan menyokong dengan penganjuran Seminar Polinesia. Apa kaitan Polinesia dengan Negeri Sembilan? Adakah Melayu Polinesia ini berasal dari Negeri Sembilan atau mempunyai adat dan budaya yang sama dengan masyarakat di sini. Bagi saya, kaitan Negeri Sembilan dan Polinesia hanyalah dari segi bangsa iaitu berketurunan Melayu. Budaya, cara hidup, bahasa dan senibina jauh berbeza dengan apa yang ada di Negeri Sembilan. Saya melihat berlakunya ‘double standard’ di dalam program yang ingin diadakan di Negeri Sembilan.

Senario Kedua :

Kami juga sempat berbincang mengenai bangunan Istana Ampang Tinggi dan Rumah Tradisional yang terletak di Kompleks Muzium Negeri Sembilan. Saya tersenyum apabila ada cadangan pihak atasan LMNS untuk memindahkan dan meletakkan bangunan Istana Ampang Tinggi di perkarangan Galeri Tuanku Jafaar di Taman Tasik. Kenapa bangunan ini perlu dipindahkan. Istana Ampang Tinggi merupakan salah satu tarikan pengunjung datang ke Muzium Negeri Sembilan. Saya benar-benar tidak faham bagaimana mereka berfikir. Seharusnya mereka memikirkan bagaimana untuk menarik pengunjung datang Muzium Negeri. Bukan mengurangkan pengunjung. Mungkin juga mereka bercadang untuk mengurangkan tanggungjawab Pengarah dan kakitangan LMNS agar lebih mudah merancang projek mendaki gunung.

Kesimpulan

Saya tidak faham halatuju kerajaan negeri. Apakah yang ingin dilakukan di dalam usaha memartabat, memelihara dan memulihara adat, warisan dan budaya Negeri Sembilan. Apakah perlu tersiar di dada akhbar bagaimana kemusnahan kesan-kesan tapak bersejarah sebagaimana berlaku di Kedah, baru sibuk mengambil tindakan. Saya berharap YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi LMNS dan YB Tuan Abd Razak Ab Said, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu dapat melakukan sesuatu yang sewajarnya. Jika tidak jelas mengenai sebarang perkara dapatkan maklumat dari pihak lain. Panggil penggiat budaya, penyelidik dan sesiapa yang berminat. Buat sesi “brainstroming”. Jangan hanya bergantung dengan maklumat dalaman. Dapatkan juga maklumat di lapangan. Apabila ditanya semuanya baik. Tidak ada yang berani menyatakan pendapat atau pandangan. Takut demi menjaga kedudukan masing-masing.

————

Maklumat mengenai seminar boleh didapati di facebook dan blog.

Be Sociable, Share!

Comments

comments

5 comments for “Seminar Antarabangsa Diaspora Minang 2014

  1. waghih terachi
    January 1, 2014 at 2:42 am

    Inilah padah eh bilo pegawai kerajaan tidak faham asas pembentukan negeri sembilan. Bukankah sebahagian bosar (mejoriti) masyarakat negeri sembilan adolah berdarah minang. Dah ado darah eh masokan boleh lupo asal keturunan eh. jadi sudah menjadi sobutan bukan sahajo orang negeri sembilan malahan orang negeri lain pun melebalkan masyarakat negeri sembilan adalah orang minang. samo jugak macam orang bugis dan orang jawo, mereko masih berdarah bugis dan jawo. tetapi kito semuo totap dari rumpun yang samo. sebonar eh orang minang mempunyai ramai tokoh yang hebat. bukan untuk berbanggo tetapi itulah hakikatnyo. orang minang ni cukup terkonal pepatah yang mengatokan dimano bumi dipijak disitu langit dijunjung. Jadi tidak hairanlah sekiranya orang asal di negeri sembilan diberi kedudukan yang tinggi sehingga menjadi undang dan penghulu luak. jadi orang luar dari alam negeri sembilan yang datang menetap dan bekerja dinegeri ini seharusnya faham maksud pepatah tersebut. jangan pula hendak beraja dimata bersultan dihati pula.

  2. Munirah Abdul Rahim
    January 6, 2014 at 12:07 pm

    Assalamualaikum Saya pensyarah Kolej Komuniti Jasin… Saya Nak Tau Details bole x … email kpd sy yer …tq

  3. Omak kau
    February 27, 2014 at 12:43 pm

    Abih kito dh mmg turunan minang..ado ko caro nk tukar silah koturunan? Golo dek eyh!

  4. hanapi
    February 28, 2014 at 10:09 am

    Sey setuju mak amekla..ado usoho nak nafikan pengaruh minang dalam tradisi dan identiti org nismilan hari ni. orang makin nak bobaik2 nak bosodaro, kito pulak makin nak sendiri2..hmpir kebanyakan yg bersuku2 kek nismilan ni dpd wilayah payo kumboh, apo laie nak dinafikan. byk kito kono blaja daripada tradisi minang dan tokoh2 hebat eh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *