Tanpa Tajuk

Agak lama saya tidak menulis dan mengemaskini laman Nagari Nan Tuo. Saya tidak menulis bukan kerana tidak mempunyai bahan ataupun kekurangan bahan. Saya mempunyai banyak bahan untuk diketengahkan untuk tatapan pembaca semua. Saya terpaksa memilih dan menapis bahan-bahan yang hendak dipaparkan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

 

Tambahan pula, baru-baru ini laman Nagari Nan Tuo telah diserang oleh malware. Saya terpaksa melakukan pembersihan dan mengemaskini laman ini. Serangan itu berlaku selepas dua komen pembaca disiarkan. Saya kurang pasti apakah sebab dan tujuan laman ini diserang oleh malware. Mungkin ada pihak yang terjejas ataupun tidak berpuas hati dengan komen-komen ini. Bagi saya cukup mudah, sesiapa sahaja boleh menghantar komen asalkan ia tidak menyentuh isu-isu perkauman dan juga agama.

 

Saya paparkan komen tersebut untuk para pembaca.

 

—————————-

 

Komen 1

 

Terima kasih kepada blog ini yang memberi peluang kepada saya dan sesiapa sahaja untuk memberi sebarang komen berbentuk positif maupun negatif. Tentang buku besar yang dimaksudkan oleh blogger sudah pun diketahui keputusannya walaupun pada awalnya begitu banyak dalihan dan rahsia akhirnya pemilik buku “pictorial Book of Sarawak” telah berjaya memenangi kes tersebut. Akibatnya Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM180k dengan sia-sia. Persoalan yang timbul ialah sejauh mana serius nya seseorang penjawat awam menjaga amanah dan tanggungjawab yang diletakkan kepada beliau? Untuk makluman pembaca, ini bukan kali pertama kali berlaku kes sedemikian malah telah kerap kali berlaku , Seingat saya pada suatu ketika dulu kecoh tentang kehilangan keris Di Raja di Seri Menanti sebanyak 7 bilah yang mana sehingga kini tidak tahu apa ceritanya. Itu tidak termasuk kes berkaitan Zaba yang menjadi isu Nasional dan teguran Audit Negeri yang menegur Muzium Negeri di dalam penyalahgunaan wang tetapi dirahsiakan Secara peribadinya saya merasakan untuk membayar wang sebanyak RM180k itu tiada masalah kepada Pengarah Muzium Negeri (kontraktor pun ramai) tetapi di mana perginya harga diri dan integriti yang selalu dilaungkan ketika perhimpunan pagi setiap bulan dihadapan YAB Menteri Besar itu. Bukan kah itu hanya lakonan semata-mata? Kalau beginilah sikap Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah beliau menangani masalah sebegini maka eloklah rasanya berundur sahaja secara terhormat. Kewujudan Ahli Lembaga Pengarah ini yang menerima RM250 sebulan tidak termasuk Elaun kehadiran mesyuarat yang di bayar ketika hadir mesyuarat untuk duduk diam sahaja.adalah sangat merugikan wang rakyat. Akhir sekali ,maaf saya katakan fungsi Muzium Negeri Sembilan ini sudah lama tersasar jauh dan perlu berpusing sebanyak 360 darjah (ikut lawan jam) untuk balik semula di tapak yang sebenarnya. Sekian .

 

——————————-

 

Komen 2

 

Firstly, I would like to share with everybody on Peter Drucker’s opinion on leadership. He wrote “As such one important job of the manager or leader is to handle and anticipate problems competently, therefore in order to perform this behaviour, a leader must exhibit high levels of integrity in their moral and ethical conduct. In response to fakri comments on the books , I believe that whoever committed the crime by disposing the artefacts should be given a stern warning or dismiss them from their present post. Due to our coming election this case can gives second opinion to the eyes of the public and therefore should not been published. Lastly, to our beloved YAB CM , We the Indian’s community in Rembau will always support you for your campaign.No offence pls.

 

————————————

 

Saya bersetuju dengan komen-komen yang ditulis  oleh pembaca Nagari Nan Tuo. Kedua-dua komen boleh dibaca di Emel Pembaca II…..

Saya tidak mempunyai masalah secara peribadi dengan pihak pengurusan LMNS. Apa yang saya lakukan sekadar menegur di atas kapasiti saya sebagai pencinta budaya dan warisan Negeri Sembilan. Saya menegur sebagai orang awam yang tidak suka melihat penipuan dan salah guna kuasa di kalangan kakitangan awam. Saya tidak menyerang peribadi sesiapapun walaupun saya mengetahui salah laku yang dilakukan oleh segelintir kakitangan LMNS. Malah saya sering mendengar rungutan kontraktor dan pembekal yang tidak mendapat bayaran di dalam tempoh yang agak lama. Bagi saya cukup mudah, perkara ini biarlah diselesaikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi LMNS.

 

Terus terang saya katakan, Pengarah LMNS seorang yang hipokrit kerana apabila berhadapan dengan saya, beliau menyatakan tiada masalah dengan saya dan sentiasa menyokong apa jua usaha yang saya lakukan. Namun, sebaik sahaja saya keluar daripada bilik beliau, beliau akan memburukkan saya. Paling memeranjatkan, beliau telah mengeluarkan arahan agar saya tidak dilibatkan di dalam projek pemuliharaan rumah YTM Dato’ Undang Ipap. Tidak menjadi masalah bagi saya sekiranya saya tidak dilibatkan kerana saya tidak akan rugi apa-apa.

 

Bukan itu sahaja, salah satu cadangan kajian yang dicadangkan oleh kakitangan LMNS telah ditolak mentah-mentah hanya disebabkan saya merupakan sumber primer mengenai kajian tersebut. Paling melucukan, adalah menjadi kesalahan bagi kakitangan LMNS jika keluar makan bersama saya atau berbincang dengan saya. Saya benar-benar merasa simpati di atas apa yang berlaku terhadap kakitangan LMNS dengan sikap pengurusan yang tidak efisien.

 

Saya masih teringat ketika saya dimarahi oleh seseorang kerana menegur LMNS di mana saya diberi amaran sekiranya saya masih menegur LMNS, saya akan disaman. Saya juga diberitahu doa orang teraniaya akan dimakbulkan. Kini, LMNS telah disaman dan kalah di dalam perbicaraan di mana terpaksa membayar sebanyak RM180,000 (sebagaimana yang dinyatakan di dalam komen pembaca). Saya tidak tahu doa siapakah yang dimakbulkan. Atau doa itu diterbalikkan bagi menyedarkan kita agar tidak buruk sangka dan menganiaya orang lain. Akhir sekali, saya tidak terperanjat sekiranya LMNS akan disaman lagi pada masa yang akan datang.
Be Sociable, Share!

Comments

comments